16 Disember 2010

Peristiwa 10 MUHARRAM

السّلام عليكم ورحمة الله
Bertemu kembali, Awwalan Syukran pada rakan-rakan yang sudi melawat blog saya yang tidak seberapa ini. 
Kali ini saya ingin mendedahkan  sedikit info tentang peristiwa yang berlaku pada 10 MUHARRAM.
Barangkali, ada di kalangan pembaca yang sudah tahu tentang Peristiwa yang berlaku pada tarikh  ini.

Menurut Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya 

Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut ialah:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Sekian sahaja untuk Info kali ini, Didoakan agar ia bermanfaat untuk kita semua. INSYAALLAH..
sekian, wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan