14 Disember 2010

CERITAKU..

ASSALAMU'ALAIKUM. 
Salam pembuka bicara.
Apa khabar sahabat-sahabat ku semua? Didoakan moge sihat belake.
Kali ini ku ingin berkongsi sedikit peristiwa yang ku lihat pada suatu petang.
Suatu petang, ku teringin memantau sekeliling rumah, dah 4 hari ku tak turun rumah, almaklumllah hujan yang turun tak henti-henti, menyebabkan tanah basah. Maka keluarlah segala binatang yang jarang-jarang keluar, ulat air,cacing, lebih-lebih lagi "pacat".
Mak ku sudah acap kali "terkena" dengan pacat ini. Sehingga pernah suatu ketika seusai ibu  solat zohor..
"cat ape ni ra?" tanya mak, ku pelik, cat?pada kain solat?? bisik hatiku..
"pacat"..mak ku menyambung sebelum sempat ku menjawab...terkejutku dibuatnya."dah kenyang jatuhlah!habis darah terkena kain kerana terpijak plak"...geli jugak dibuatnya..tak sedar pacat hisap darah di celah jari kaki...
Pernah juga suatu malam, adik lelakiku yang sindrom baru balik dari masjid. Sebelum naik atas rumah ku selalu pesan adik2ku supaya basuh kaki dan intai2 kot ade yang "menghinggap". Namun, sambil dia menonton Tv dia lipat kain. Tiba2..."pacat"..hah? ku terkejut. adikku terjumpa pacat.bila di selidik2 rupanya betis dia ade tanda pacat "menghinggap"...ermm...

Sebenarnya bukan ini  yang ku ceritakan, tapi dah panjang lebar pulak...hehehe....
BEGINI...petang tu, selepas puas melihat dan mengambil angin sekeliling rumah dan ingin naik ke rumah, TIBA-TIBA..saya melihat seekor ibu ayam bising seperti ada sesuatu yang tak kena, rupa-rupanya anaknya terlekat kaki pada besi sarang burung,  kesiannya, Kebetulan abang saya lalu di hadapan. Saya meminta dia buang kaki anak ayam yang terlekat itu, baru beberapa melangkah. TIBA-TIBA..ibu ayam itu "memerak" menyebabkan abang saya  tak dapat nak tolong anak ayam itu.sebab itu saya tak berani nak buat. kebetulan juga, ibu ayam tu hanya anak seekor. Beberapa kali kaki abang saya dipatuk dan "diperak" oleh ibu ayam tersebut. Tak terfikir saya semarah itu ibu ayam, mungkin ibu ayam tu ingat kami nak apa-apakan anaknya. AKHIRNYA..anak ayam tu terlepas juga dari kesakitannya setelah abang saya buang kaki anak ayam yang tersepit sambil saya membantu menghalang ibunnya yang marah itu. ALHAMDULILLAH..

 Setelah itu, saya terfikir....hari ini, manusia sanggup membunuh anak dan generasinya sendiri. saban hari terpanpang di dada2 akhbar, di berita2, bayi dibunuh, dibakar, di buang hidup2. SUBHANALLAH..kenapa manusia jadi begitu??? Dimana sifat kemanusian dan kasih sayang mereka??sedangkan manusia itu sebenarnya binatang yang teristimewa yang dikurniakan dengan  AKAL, (Perkataan
 
" حيوان النّاطق"(haiwan berakal) dalam ilmu mantiq yang diistilahkan untuk manusia.)
Namun begitu, saya pernah membaca dan ustaz2 selalu menyebut sekiranya manusia itu membuat kejahatan, mereka lebih hina daripada binatang.
Berbalik pada peristiwa ayam tadi, bertapa sayangnya ibu ayam pada anaknya. Sanggup bertarung nyawa untuk menghalang anaknya dibunuh atau sebagainya. SUBHANALLAH.
oleh itu, akal yang dikurniakan oleh ALLAH TA'ALA ini perku digunakan sebaiknya, jangan biarkan nafsu mengawasinya, jika ia berlaku, maka rosaklah diri. NA'UZUBILLAH.
SEKAIN untuk coretan nafsi kali ini.
wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan