1 Januari 2011

NeW YeAr!!!!

ASSALAMUALAIKUM.
Bertemu kembali, 
Tahun baru, Tahun baru, Tahun baru.......
Tika ini kebanyakan manusia gembira dengan kedatangan  tahun baru 2011 yang baru beberapa saat berlalu, 
tidak lupa juga rakyat malaysia yang sudah lali dengan sambutan ini apabila tiba 31 Disember. Apatah lagi apabila kerajaan sendiri yang  menyutik dan menganjurkannya untuk meraikannya bersama rakyat. Dataran Merdeka menjadi tempat tuju utama bagi mereka yang sangat gembira untuk meraikannya, tidak kira daripada Pantai Timur mahupun Utara.  "Ambang Tahun Baru ini" boleh dikatakan satu program yang wajib untuk dilaksanakan apabila menjelang 31 Disember.

Namun begitu, untuk menyambut sambutan tahun baru ini bukanlah suatu perkara yang dilarang dan di tegah. Hal ini demikian kerana jika perlaksanaannya berlandaskan agama , di isi dengan program  yang mendidik jiwa seperti mengadakan solat hajat perdana, motivasi yang mendidik jiwa dan sebagainya. Di samping itu,batas pergaulan perlu dijaga, tidak kira orang tua dan remaja yang  halal dikahwini, maka ia akan lebih mendekatkan diri kepada Allah ta'ala dan mendapat keredhoanNya.
Namun demikian, apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. sambutan tahun baru disambut dengan laungan 1-10 dan selepas itu bunga-bungan api mula mewarnai langit yang gelap dan tepukan serta sorokan daripada penonton.   Golongan yang menyambut sambutan ini kebanyakannya terdiri daripada remaja-remaja dan anak muda. Tanpa pantauan dan pemerhatian pihak berkuasa, kita tidak sedar apa yang berlaku di sana. Ada yang  Berpelukan bersama, berpakaian yang menjolok mata, bertempikan dan sebagainya tanda kemeriahan dirai bersama. Adakah ini maknanya sambutan tahun baru?. Tambah lagi, berlaku perkara-perkara yang tidak diigini dan perkara-perkara yang boleh mendatang imej buruk kepada negara. Lebih mendukacitakan lagi apabila keesokan harinya, beratus-ratus  botol air minuman yang diharamkan dan juga kondom-kondom yang bertaburan seperti plastik gula-gula di sana sini, lebih-lebih lagi di pantai-pantai yang menjadi tempat tuju utama bagi melepaskan kehendak bisikan syaitan. tidak ketinggalan juga kenyataan akhbar melaporkan sambutan Ambang tahun baru yang telah dicemari.

Sebenarnya, sambutan tahun baru ini telah banyak menginsafkan kita, kita tidak sedar bahawa apabila sambutan tahun baru bermula menandakan "ajal" semakin dekat dengan kita. Semakin hari bukan semakin muda bahkan semakin tua. Imam Ghazali pernah menyebut bahawa perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa yang berlalu. peluang untuk hidup juga adalah peluang yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada hambanya untuk "bertaubat" bukan untuk menambah maksiat yang dilarang olehNya. Peluang untuk menikmati hari esok juga adalah masa untuk kita "mempertingkatkan diri dengan amal ibadah" padaNya. setiap saat yang dilalui perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana Allah Taa'la sendiri telah bersumpah dengan masa didalam surah al-'asr yang sekira maksudnya bahawa: manuaia itu kebanyakannya didalam kerugian yang nyata, Tambah Allah lagi : melainkan kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kesabaran dan kebenaran.
oleh itu, sebagai manusia yang lemah, memerlukan kepada peringatan kerana peringatan sangat memberi manfaat kepada orang Islam. Nikmat untuk hidup ini perlu dihargai dengan sebaiknya dengan mempertingkatkan diri dengan menambah amal ibadah, sentiasa membasahi bibir dengan kalam Allah yang agung, menambah ilmu di dada dan pelbagai lagi amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri Kepada Allah demi mencapai nikmat akhirat iaitu "syurga" Ilahi.
والله أعلم ، والسّلام .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan