ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.
ku panjat syukur padaMU RABB,
hari ini ku bernafas lagi,
ku diberi peluang untuk melihat dunia yang indah dan nikmat ini,
setelah menempuh "maut kecil" sebentar tadi.....
Dalam ku syukuri nikmat ini,
mungkin disana ada yang kau tarik nikmat ini darinya,
kerana ajal dan maut dalam genggamanMU,
kerana qada' & qadar adalah mengikut ketentuanMU.
Alhamdulillah, ku takkan sia2kan peluang ini yang besar ini.
Akan ku gagahi akalku untuk melawan nafsu yang sentiasa membisikkan kearah kekejian dan kebinasaanku.
Akan ku teguhkan keimananku padaMu ya Ilahi,
Tanpa sesaatku ku leka denganMu ya Rabbi.
Walau kadang-kadang ku hampir tewas, namun akan ku kuatkan keyakinanku padaMU.
Kerana ku tak nak mensia-siakan segala janjiMu, Segala Rahmat dan KeampunanMU,
Wahai Allah!
Pencipta diriku,
Pentadbir kehidupanku,
Pengatur hidupku yang ku xtahu masa hadapanku,
Pemberi rahmat dan kasih sayang pada hamba-hambaMu,
Dengarlah keluhan imanku, disaat ku memerlukanMU,
ketika senang & susahku,
kerana aku ini hambaMU,
yang menagih simpati dan Rahmat,
dalam menempuh jalan RedoMU.
pelbagai ujian kan ku hadapi,
dengan bisikan nafsuku, dengan bisikan musuhku dan musuhMU.
syaitan yang direjam.
Namun begitu,
akanku tanamkan sepenuh Kepercayaan ku.
pada Allah pencipta diriku.
terhadap segala janjiMU.
sebagai hamba ku mentauhidkanMu
imanku berkata"tiada rugi ku pandu hidupku dengan "kalam" mu,
dengan Sunnah rasulMU.
kerana itulah hakikat ciptaanku,
YANG AKAN SENTIASA MENAGIH RAHMAT DAN MAGHFIRAHMU.