20 Januari 2011

MaLu??

ASSALAMUALAIKUM.

salam pembuka bicara, 

seringkali kita mendengar sabda Baginda s.a.w  yang berbunyi :
الحياء من الإيمان
maksudnya : Malu itu separuh dari iman".

kenapa tiba-tibaku bicara pasal malu??? 
hal ini demikian kerana sekiranya seseorang itu mempunyai rasa malu walau sebesar zarrah, ini bermakna golongan ini mempunyai "iman". sedarkah anda? namun iman ini tidak boleh diukur dengan pancaindera manusia, bahkan hanya Allah sahaja yang bisa mengukur iman seseorang kerana iman itu terletak di dada. 
Namun kadang-kadang orang salah tafsir makna malu itu, 
katanya malu ketika kalah dalam  pertandingan nyanyian, malu nak bersalam dengan ibu bapa apabila bersama rakan-rakan (ada ke yang jenis ni?), malu bertanya ketika tidak tahu, malu nak ambil hadiah atas pentas bila dipanggil?, malu bertaubat kerana dosa yang bertimbun?. dan pelbagai reaksi rasa malu yang ku rasa malu mereka ini tidak bertempat. 
Apa yang benar?, sebenarnya malu yang dilimpahi dengan iman adalah malu kerana Allah. Malu melaksanakan kejahatan kerana yakin bahawa Allah maha melihat, malu apabila tidak memaafkan kesalahan orang yang meminta maaf. malu yang mempunyai iman juga adalah malu padaNya kerana diri sentiasa bergelumang dengan dosa, malu tidak melaksanakan perintahNya.
الأمر بالمعروف ، والنهي عن المنكر
Menyuruh pada yang makruf(baik) dan mencegah kemungkaran.

~HikMah malu~

Seseorang yang mempunyai malu, bukan malu kerana manusia bahkan Malu pada Allah, akan tecalit rasa  kemanisan iman, hakikat   kerana manisnya iman akan mengawal segala pergerakan agar tidak jatuh  dan terhumban ke dalam lembah kemungkaran Allah. Mereka malu membuat perkara yang boleh merosakkan diri sendiri seperti bergaul dengan bebas berlainan jantina bimbang diri terjerumus dalam kancah kebinasaan. Malu yang mempunyai nilai iman juga akan menjadikan seseorang itu berhati-hati dalam bicaranya, tidak menuturkan kata-kata yang tidak bermanfaat dan menguriskan hati orang bahkan akan menjaga lidahnya dari menafikan Allah sebagai Rabb yang agung.
Bagi seorang muslimat, malu mereka ialah sentiasa menjaga diri, maruah dan akhlaknya, menutup kepala dengan tudung sehingga dadanya, tidak memakai pakaian yang menimbulkan syahwat dan tidak menyakitkan mata-mata yang memandang. Tidak bertepuk dengan lelaki2 yang bukan muhrimnya. Allah s.w.t telah berjanji bahawa wanita-wanita yang menjaga maruah dan auratnya akan dipelihara daripada kejahatan sebagaimana firmanNya dalam surah al-ahzab:59 : yang bermaksud :" 

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

oleh itu, mereka yang mempunyai iman ialah mereka yang mempunyai malu, malu kerana Allah. Perasaan malu adalah satu anugerah yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya yang beruntung dan terpilih sahaja. hari ini kita melihat, gejala sosial yang berluasa dan semakin bercambah "bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan". Mereka yang terlibat dengan kancah masalah ini, mungkin tidak mempunyai malu tetapi malu bukan kerana Allah. Seterusnya, ku menyeru diri yang lemah ini dan sahabat2 pembaca, tanamkan sifat malu dalam diri, kerana malu itu tandanya ada "iman". Malulah diri pada tempatnya. Malulah diri jika tidak berani menegur dan menasihati rakan-rakan yang membuat kesilapan. Malulah diri kerana tidak cuba mempertingkatkan diri dengan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri pada yang Esa.
sekian sahaja coretan kali ini.
والله أعلم .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan