ASSALAMU'ALAIKUM....
Sungguh cepat masa berlalu.....setiap saat semakin pantas ia berlalu...minggu ke 4 kuliah...sedar2 nak masuk ke 5 dah..astaghfirullahal'azim...kekadang diri ini tidak sedar bila diri bergelumang dengan pelbagai aktiviti yang dirasakan tidak terancang dan berfaedah. Bulan Muharam baru berlalu, yang baru dirasakan seminggu lepas menghayati dan menyambut kedatangan bulan mulia ini. Hari ni dah masuk 7 saffar, ya! bulan saffar..baru ku teringat apakah rutin dan program serta amalan2 ku pada bulan lepas.Adakah azam yang ku tekadkan untuk menjadi insan yang lebih baik dari tahun lepas sedikit sebanyak telah terlaksana..ku fikir sedalam-dalam nya..
aZaM BaRu.
Berazam untuk memperbaiki diri, berubah ke arah yang lebih baik,menambah amal ibadah, tidak semesti menunggu bila tibanya awal tahun, atau hari jadi , atau bila orang mengingatkan kita. BAHKAN ia perlu diperbaharui setiap hari dan setiap saat. Islam juga mengajar Umatnya agar sentiasa berdoa :
"Ya ALLAH, jadikanlah hari ini lebih baik dari kelmarin, dan jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini".
Tujuan apa kita perlu dan sentiasa membaca doa ini?. banyak hikmahnya, antaranya ialah :
1)Agar kita sedar bahawa tempat pergantungan kita yang Utama dan Terakhir hanyalah pada yang Esa yang telah menjadi dan meminjamkan jasad dan roh ini kepada kita.
2)Agar kita sedar dan insaf memohon sesuatu yang lebih baik bagi mencapai "jannah firdaus".
3)Untuk menguatkan dan menambah keyakinan kita pada hari kebangkitan.
Disana banyak lagi hikmat2 yang dapat kita fikir sendiri manfaatnya bagi mencapai kebahagian diri sendiri.
UsaH LEka
Mutakhir ini, kita melihat masyarakat semakin hari semakin goyah dengan nikmat dunia yang sementara ini.
Siapa masyarakat itu??? Remaja yang merempit di jalan raya? Perompak? Pembunuh?
BAHKAN! kitalah masyarakat itu, kadang - kadang kita tidak sedar sesekali kita sendiri terjerat dengan tipu daya dunia ini. na'uzubillah!
sesungguhnya Allah Sendiri telah berfirman :
"Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan tipu daya sahaja"
Namun begitu, yang lepas biarkan ia berlalu kerana Allah yang maha pengasih akan hambaNya serta menghapuskan dosa-dosa yang kita lakukan apabila kita benar-benar memohon keampunanNya. Inilah pencipta Kita. Sesungguhnya Allah sangat suka dan gembira apabila hambanya sentiasa meminta dan memohon keampunanNya. Tidak kira apa yang kita minta sedikit atau banyak, Allah tidak pernah sesekali mengecewakan dan mengungkit apa yang telah diberikan kepada hamba-hambaNya.
Manakala Allah taala sangat murka kepada manusia-manusia yang ego dan sombong untuk meminta kepadanya. Sedangkan Allah yang maha pemurah dan pengasih sentiasa memberi kepada hambanya tidak kira yang beragama Islam itu atau sebaliknya. Subhanallah!. Rugilah bagi mereka yang tidak memohon daripada penciptNya. Sesungguhnya bagi yang beriman patuh dan berpegang pada Mu'jizat Nabi s.a.w yang menjadi rujukan dan pegangan percaya bahawa Allah itu sentiasa disamping mereka.
Benarlah Firman Allah Taala sekira mafhumnya
"Apabila hambaku bertanya tentangku, sesungguhnya aku dekat pada mereka"..maaf lupa surah apa.
Oleh itu, ruang, masa dan peluang yang diberikan ini usah kita biarkan ia berlalu sahaja. Kerana orang yang tidak bijak adalah orang yang tidak menggunakan peluang yang diberi. Jauhlah kita dari golongan ini dan selalulah berdoa :
"Ya Allah! janganlah kau balikkan hatiku selepas kau memberi hidayah padaku"
Semoga diri kita sentiasa tetap dalam keimanan dan keyakinan kepadaNya.
Buat diri yang hina ini, sentiasalah dan lazimkan diri dengan mengambil peluang yang ada untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan terbaik kerana yang abadi adalah disana bukan disini.
والله أعلم


Tiada ulasan:
Catat Ulasan