3 September 2010

TUGASAN SUBJEK TEKNOLOGI PENDIDIKAN


                           

Di arus zaman globalisasi ini, perkembangan dalam bidang teknologi (ICT) semakin berkembang pesat sehingga penggunaannya semakin meluas tidak kira kepada golongan yang bekerjaya, bahkan  jika dilihat pada hari ini  tersebarnya penggunaannya dalam kalangan remaja serta pelajar-pelajar sekolah. 

 Perkembangan teknologi ini tidak hanya tersebar di bandar-bandar sahaja bahkan telah masuk ke kawasan luar bandar dengan tumbuhnya bagai cendawan tumbuh selepas hujan pusat-pusat internet oleh banyak pihak personal atau kumpulan.

Hal ini memberi kesan dan tamparan hebat kepada seorang guru.Hal ini demikian kerana, dengan penggunaan internet yang meluas telah membuka minda para pelajar dan mendorong mereka  mencari sesuatu yang baru tanpa halangan dan batasan. Dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran P&P, penggunaan Media teknologi ini sebenarnya  lebih memberi kesan kepada pelajar dalam memahami mata pelajaran. Namun demikian, jika dilihat  kemudahan-kemudahan dan peralatan Media Teknologi masih berkurangan  dan tidak disediakan  sekolah-sekolah di luar bandar oleh pihak sekolah. 

Justeru itu, sebagai seorang guru pelbagai halangan yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan Islam bagi  menggunakan Media Pengajaran di sekolah-sekolah luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan peralatan2 untuk guru PendidikanIslam menggunakaan Media Pengajaran sebagai Bahan Bantu mengajar (BBM)..

oleh itu, apakah saranan-saranan  (5 saranan) yang dapat diberikan oleh anda bagi membantu guru PI menggunakan Media Pengajaran disekolah-sekolah luar bandar?
       *sertakan NAMA & NO MATRIK  anda.  TERIMA KASIH. :)

10 ulasan:

  1. 5 saranan yang dapat diberikan bagi membantu guru PI menggunakan Media Pengajaran disekolah-sekolah luar bandar:

    1. media pengajaran merupakan 1 kemudahan kepada guru-guru dan ia memudahkan kerja-kerja guru

    2. media pengajaran dapat menjimatkan masa guru-guru

    3. is juga membantu murid-murid faham dan guru dapat mempelbagaikan kaedah pegajaran

    4. guru akan sentiasa tidak ketinggalan zaman dan mengetahui tentang arus perkembangan teknologi

    5. guru tidak akan berasa rendah diri walaupun berada diluar bandar kerana tahap kemajuan teknologi setaraf dengan di bandar


    SYAZA MOHD SABRI(A127226)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..
    saya noraini binti abdul Aziz (A129690)
    5 saranan bagi yang dapat diberikan oleh saya bagi membantu guru PI menggunakan Media Pengajaran disekolah-sekolah luar bandar:-)
    1) mencari alternatif sendiri seperti membawa laptop milik peribadi kesekolah.
    2) menggunakan ABM secara menual tetapi berunsurkan teknologi.
    3) menggunakan kaedah kbkk yang berasaskan teknologi terhadap pelajar.
    4) terpaksa menjalankan proses p&p secara normal tetapi ianya menarik minat pelajar belajar bersama kita.
    wallahu a'lam
    syukran:-)
    5) berusaha mencari dana atau peruntukkan untuk memajukan sekolah tersebut dengan kelengkapan teknologi yang sempurna.

    BalasPadam
  3. assalmualaikum..............

    5 saranan dalam membantu guru PI dalam masalah ini:

    1) guru perlu bijak dalam menyediakan bahan mengajar wlaupun tiada kelengkapan ICT d sekolah.conthnya, guru perlu mendapatkan maklumat dari laman web atau mane - mane info dan menerangkan dalam bilik darjah.

    2) sebagai ganti kepada tayangan video, guru perlu menunjukkan demo yang sebenar kepada pelajar

    3 sebagai ganti kepada gambar,digalakkan men cri melalui akhbar atau majalah-majalah untuk ditunjukkan kepada pelajar.

    4) sekiranya guru tidak keberatan, guru perlulah membawa laptop ke sekolah dan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan dipersembahkan kepada pelajar,

    5) meminta pihak sekolah agar dapat menyediakan kemudahan kepada pelajar.

    Nor asiah abdullah
    a 129695

    BalasPadam
  4. Salam..

    5 cara guru PI menggunakan media pengajaran di sekolah luar bandar;

    1. Menggunakan model, sebagai contoh sewaktu mengajar tayamum.

    2. Menggunakan realia atau objek sebenar semasa proses P&P.

    3. Menggunakan Flash kad semasa subjek Bahasa Arab.

    4. Menggunakan CD untuk subjek Al-Quran supaya pembelajaran lebih menarik.

    5. Guru juga boleh menggunakan bahan pameran.


    Wassalam..

    Nurul Atika Bt Ahmadiah
    A126813

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    Antara lima saranannya ialah :

    1)Guru perlu menggunakan media pengajaran yang sesuai dan mudah untuk dibawa dan digunakan.

    2) Guru hendaklah menggunakan media pengajaran yanh mampu menarik perhatian pelajar walaupun tanpa penggunaan teknologi komputer.

    3) Guru boleh menggunakan radio,alat perakam atau telefon bimbit sebagai media pengajaran.

    4)Guru juga boleh menggunakan laptop sendiri sekiranya terdapat kemudahan yang berseuaian di sekolah tersebut.

    5)Guru perlu menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan di sekolah untuk dijadikan sebagai media pengajaran yang mampu memudahkan proses p&p.

    sekian.terima ksaih.

    NUR FARIDHA ADRINE AZIZ A127301

    BalasPadam
  6. SALAM
    antara saranan kepada guru pendidikan islam menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka ialah :

    1. mendapatkan kemahiran yang betul untuk menggunakan teknologi dengan cepat dan berkesan.

    2. menyarankan kepada pihak sekolah supaya menyediakan peralatan teknologi kepada semua guru.

    3. guru boleh menyediakan peralatan teknologi yang ada di sekolah tersebut seperti OHP dan laptop.

    4. ia boleh menjimatkan masa guru mengajar.

    5. ia juga boleh meningkatkan pemahaman pelajar dan mereka tidak bosan dan mengantuk.

    WAN NURUL JAYYIDAH BINTI SULAIMAN
    A126879

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..

    1) Guru-guru perlu menyesuaikan topik dengan tahap pelajar.
    2) Menggunakan bahan-bahan elektronik seperti radio, cd dan sebagainya
    3) Membawa pelajar melawat temat-tempat seperti petrosains untuk menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dan kaitannya dengan sains
    4) Mempelbgaikan kaedah pengajaran seperti pembentangan oleh murid
    5) menarik minat pelajar dengan kaedah bercerita dan sebagainya

    BalasPadam
  8. Antara lima saranannya ialah:

    1) guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar (bbm) yang sesuai seperti menunjukkan model

    2) Guru perlu menunjuk cara secara realiti kepada pelajar, contohnya topik tayamum.

    3) guru boleh menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar seperti untuk mengelakkan pelajar bosan.

    4) guru boleh mengadakan kuiz untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam p&p.

    5) guru boleh membawa laptop peribadi sebagai bbm supaya p&p lebih menarik

    Nurul Syahirah Che Ahmad A128053

    BalasPadam
  9. salam...
    antara saranannya:

    1.guru perlu bijak mencari altenatif lain supaya pembelajaran lebih menarik seperti pembelajaran di luar bilik darjah bagi mengelakan pelajar bosan dalam bilik darjah.
    2.membuat model atau menggunakan bbm untuk memudahkan lagi pemahaman pelajar mengenai sub topik tertentu.
    3.sekali sekala membuat pembelajaran berpusatkan pelajar bagi mengelakan guru sahaja yang berperanan, dengan itu pelajar akan lebih fokus.
    4.membuat kuiZ supaya pelajar lebih menguasai dan ingat pembelajaran tersebut.
    5.guru juga boleh menggunakan radio sebagai alat bantu mengajar seperti mendengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran.

    sekian...
    NUR SYAZWANI BINTI SHAMSUDIN
    A128079

    BalasPadam
  10. Saranan-saranan yang dapat diberikan bagi membantu guru PI menggunakan Media Pengajaran disekolah-sekolah luar bandar :
    1)Menggunakan Media Pengajaran yang disediakan oleh pihak sekolah dengan sekadarnya.
    2)Setelah itu, mengenal pasti BBM elektronik yang tidak yang mencukupi.
    3)Cuba mencari jalan penyelesaian untuk membantu sekolah tersebut.
    4)Berkongsi tentang pengetahuan yang sedia ada tentang ilmu teknologi dengan guru PI di sekolah itu.
    5)Seterusnya, menggunakan teknologi dengan sistematik dalam proses p&p di sekolah tersebut.

    NORAFZAN BINTI NORASLAM
    (A129709)

    BalasPadam