2 September 2010

muka dan pergelangan tangan



Satu petang sewaktu menunggu tibanya waktu berbuka sejurus selepas tadarrus bersama seorang sahabat,
  kami berbual2 dan berbincang dengan masalah yang menimpa masyarakat  malaysia @ lebih khusus lagi gejala yang menimpa umat Islam di Malaysia..topik kami tertumpu kepada kaum wanita..
Apabila seseorang muslimah ingin menunaikan solat, kita lihat semua wanita2, perempuan2 @ kaum hawa pasti akan memakai pakaian solat yang khusus. iaitu kain solat yang menutupi seluruh badan kecuali muka...bagi yang memakai baju kurung @ jubah akan nampak pergelangan tangannya..(bukan dikira  aurat)

Namun sewaktu bercakap2 mengenai perkara ini, kami lihat kaum muslimat yang ada disekeliling kami, bermacam-macam ragam dan gaya, ade yang bertudung labuh, berbaju kurung atau jubah, bertudung berlilit sehingga nak tercekit nampaknya, bertudung, tapi nampak lehernya, berbaju tapi seakan tidak berpakaian kerana terlalu sendatnya pakaian itu,dan bermacam-macam gaya.


kami berfikir, ketika mengadap Allah kita boleh menutup seluruh aurat kecuali muka dan pergelangan tangan, kenapa tidak dipraktikan secara langsung dalam kehidupan seharian??? bukan pakai baju solat ketika solat,tapi yang saya maksudkan ialah berpakaian harian dengan menutup aurat..

Adakah solat itu hanya semata2 solat??solat itu kerana masa??atau nak tunjuk kepada orang lain bahawa aku tidak pernah tinggal solat?? atau sekadar mencukupkan syarat semata2??

Sebagaimana yang kita tahu, bahawa solat adalah ibadah yang mendekatkan diri kepada ALLAH...meminta, memohon dan berdoa dan berserah diri kepadanya, dan Allah juga telah berfirman: "sesungguhnya solat itu mencegah daripada perkara keji dan mungkar."
selepas seusai solat, ramai golongan ini tidak seperti ketika solatnya, kenapa jadi begini??adakah solat mereka lakukan tidak sempurna,banyak ria'' dan sebagainya?hanya Allah sahaja yang tahu.

kami merasa pelik,kenapa jadi begini.
alangkah bahagianya,cerahnya mata, tenangnya hati jika sekiranya mereka semua dapat menutup aurat seperti mereka mengadap Ilahi...
pasti mereka akan terselamat daripada gejala2 yang buruk, daripada gangguan mata2 keranjang, godaan nafsu yang meliar dan godaan syaitan.
Allah taala telah berfirman:




. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. al-ahzab 59.



Jelas Allah taala telah berfirman di dalam al-quran yang ditinggalkan oleh  junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang juga menjadi pegangan umat Islam pada hari ini dan selama-lamanya.

Namun adakah al-quran itu semata2 kitab, dibaca pada bulan ramadhan, di guna ketika waktu2  tertentu sahaja??

Kesannya terhadap sedikit atau banyak penghayatan terhadap al-quran dan tawaddu' ketika solat dapat dilihat pada hari ini, disekeliling kita..

wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan