26 September 2011

Ujian itu lumrah kehidupan

Segala Pujian hanya padaNYA..
Selawat dan Salam pada Rasul s.a.w junjugan yang mulia dan ahli bait serta para Sahabat yang telah mempertaruhkan segala-galanya dalam menegakkan kalimah tauhid.
Setelah sekian lama tak dapat ku buka ruangan ini kerana lupa kata laluannya, walaupun dah berpuluh-puluh kali mencuba. Akhirnya dapatku buka juga. ALHAMDULILLAH..al-maklumlah..cuti baru 4 bulan..dah boleh lupe.
Walaupun x cantik mane blog ni, tapi ku cuba untuk hidupkan dan hiasinya ikut selera sendiri dengan explore cikit2.
4 bulan cuti semester yang baru berlalu seakan-akan hanya 1 bulan sahaja. terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kita. Cuti 4 bulan, pelbagai peristiwa yang berlaku pada keluargaku, Dengan ujian bersama Masyarakat yang jahil menegak dan mempertahankan apa yang xdiketahui. Kerana terikut-ikut dengan cakap-cakap orang tanpa usul periksa dan macam2 lagi.

Paling ku x lupa, Kali terakhir ku menatap wajah tok ku yang sudah hampir mencecah 1oo tahun. 
Keputusan untuk pulang ke kampung secara mengejut ketika ambil lesen di ukm bulan 6  tidak  dirancang dan tidak dijangkakan. Pagi Sabtu itu terus ku pulang ke kampung keseorangan. Alhamdulillah selamat sampai. Ketika dirumah, kesihatan tok ku xlah seteruk mana, biasalah sakit2 orang tua. (ringkas cerita)
Di Saat saudara2ku solat subuh, tinggallah ku dan mak disisi tok yang lemah dan kepucatan. Mak menyuruh ku supaya mengajar sebut  kalimah Allah di telinga tok. Tanpa henti ku sebut agar syaitan tidak mudah melekakan insan disaat pengakhirannya.(pada firasatku). Kerana waktu nazaknya insan bermacam2 ujian yang datang di alam ghaib.
 Saat ku melafazkan kalimah "Allah" ditelinganya sambil dadanya kulihat naik dan turun.  Sekelip mata  ia berhenti berdegup, dan semakin  perlahan-lahan dadanya turun. nafasnya x kedengaran lagi. hatiku tiba2 semakin sempit, Ya Allah! adakah dia telah kau ambil???Setelah kau pinjamkan pada kami. Ya Allah! Ya Allah!. INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAAJIUN.
Ya Allah! sekelip mata. Akhirnya hayat seorang insan. Bagaimana keadaannya di alam sane?Bagaimana pula keadaan ku nanti. Lantas ku Berdoa " Ya Allah, Matikanlah kami kami dengan pengakhiran yang baik, janganlah kau Matikan kami dengan seburuk2 pengakhiran".
Ketika kulihat saat kematian insan yang terkujur tubuh, disaat itu juga ku teringat Firman Allah dalam surah Al-Waqiah":

83. maka Alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu Yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
84. sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
85. dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, 
Di Saat itu "keyakinan" ku Pada kalamNYA semakin menebal. SUBHANALLAH!. Benarlah firmanMU.
Innalillahi wainna ilahirajiuun....(al_Fatihah)25.06.2011 jam 6.15 pagi.

Inilah kali pertama ku melihat saatnya kematian seorang insan. Namun di alam sana ku xtahu apa yang berlaku, disaat Malaikat Izrail  menjalankan amanah menarik roh keluar daripada badan menuju ke alam seterusnya. YA ALLAH bagaiman pula  saat malaikatmu mencabut roh dari jasadku??? Ya Allah! golongkan kami dalam golongan yang beriman dan mentauhidkan mu. Amin

Kekasihmu pernah bersabda: 'sesungguhnya orang paling bijak adalah orang yang selalu mengingati mati."

BENAR! kerana orang yang bijak ini akan sentiasa bersedia untuk menempuh saat kematiannya. Kerana kematian itu tidak mengenal masa dan sesiapa. 
Firman Allah"Apabila datang ajal mereka, maka tidak akan dilewatkannya bahkan tidak pula  dipercepatkannya ."



Inilah tinta yang ku lakarkan sebagai PERINGATAN DIRI. Diri yang sentiasa leka kepada Pencipta yang Maha Kaya Maha pengasih. Diri yang leka dengan kenikmatan dunia yang sementara. 

"Ya Allah! jadikanlah diriku, ahli keluargaku, sanak saudaraku, sahabat handaiku, sanak saudara seIslamku  setiap saat mengingatiMU, Bertasbih Dan MemujiMU..dengan apa yang telah kau khabarkan dalam kalamMU untuk mencapai Darjat disisiMu. Menempuh Jalan RedoMU, mencapai Kenikmatan dalam Kehidupan Yang abadi"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan