22 Februari 2011

satu peluang, ia permulaan

بسم الله الرحمن الرحيم

ALHAMDULILLAH kesyukuran dipanjatkan kepada Rabb Izzati kerana limpah dan kurniaNya telah menaburkan  Nikmat-nikmat dan kurniaaNya kepada kita yang kadang-kadang kita lupa untuk mensyukurinya dan menghargainya.

Pilihanraya Kampus UKM baru sahaja beberapa jam berlalu...dengan KEMENANGAN  yang memberangsangkan dan merupakan peluang yang dinanti-nanti bagi Pro-M setelah 7 tahun penantian. 

Kemenangan yang telah dijangkakan bermula hari penamaan calon dan dibantu pula dengan pindaan buku peraturan Penamaan Calon yang baru, jelas berpihak kepada Pro-M. Walaubagaimana pun, kejayaan yang dicipta bukan hanya dengan  usaha dan penat lelah kita semata-mata. Tetapi ia adalah dengan ketentuan dan QudratNya. Allah yang berkuasa menentukan kejayaan dan kekalahan kepada hamba2Nya.

Oleh itu, dengan kejayaan yang diperolehi dan dikecapi. pemimpin-pemimpin yang telah dilantik ini perlu sedar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Hal ini demikian kerana "perjuangan mereka baru bermula". Dihadapan masih banyak ranjau dan duri yang perlu mereka sedar dan perlu mereka hadapinya. Mereka mesti berani dan tunaikan manifesto-manifesto yang telah mereka perkatakan kepada pengundi-pengundi. Di samping itu, mereka perlu sedar bahawa mereka adalah ikon kepada UKM, di samping dapat menjaga dan membawa imej UKM ke persada dunia.

"hidup ini ibarat roda, kadang-kadang diatas dan kadang-kadang dibawah"

sekian coretan nafsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan