1 November 2010

MASA OH MASA

Kita selalu mendengar, "hargai masa", "masa itu emas", "gunakan masa dengan sebaiknya","tepati masa" dan sebagainya tidak kira daripada sesiapa pom..
alangkah baiknya jika  masa yang akan selalu mengingatkan kita....bile dh macam ni, kite selalu menggunakan ruang tersebut dengan sebaiknya.
namun ia sebaliknya...masa x akan mengingat dan menyedarkan kita...bahkan kita yang perlu mengingat dah mengejarnya...dia selalu meninggalkan kite...setiap saat yang berlalu x boleh diganti...
dan Allah telah bersumpah dengannya :
والعصر  , إن الإنسان لفى خسر  .....العصر
                                           
maksudnya: demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal soleh........al-ayat..
sesungguhnya, Allah pencipta masa bersumpah diengan makhluknya, masa, menunjukkan bahawa setiap saat yang berlalu itu sangat penting bagi manusia menghargainya...
bahawa Allah berhak bersumpah dengan makhluknya dan manusia pula tidak berhak bersumpah dengan nama-nama makhluk melainkan bersumpah dengan nama Allah.
yang paling "jauh' dengan kita ialah 'masa' dan yang paling dekat  dengan kita "mati".
cemburuilah dan kejarlah masa...kerana ia selalu memintas kita...
                                                        MASA ITU EMAS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan