29 April 2010

insafi diri

iman kita
Untuk renungan semua.. moga dapat dimanfaatkan (muslimin dan muslimat)

   Wasiat Nabi junjungan kepada Saidina Ali karamallahu wajhah:

  Wahai Ali, Bagi orang "mukmin" ada 3  tanda-tandanya
  Tidak terpaut hatinya pada harta benda  dunia
  Tidak terpesona dengan pujuk rayu  wanita
  Benci terhadap perbualan dan perkataan  sia-sia

  Wahai Ali, Bagi orang "alim" itu ada 3  tanda-tandanya
  Jujur dalam  berkata-kata
  Menjauhi segala yang  haram
  Merendahkan diri

  Wahai Ali, Bagi orang  yang "takwa itu ada 3tanda-tandanya
  Takut berlaku dusta  dan keji
  Menjauhi kejahatan
  Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
  keharaman
seorang wanita itu,apabila di hari akhirat mereka akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka!

TAHUKAH KAU SIAPA MEREKA2 ITU??
Pertama:-ayahnya
Apabila  seseorang yg bergelar ayah tidak
memperdulikan anak-anak perempuannya di  dunia. Dia
tidak memberikan segala keperluan agama seperti
& sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya
tidak  menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan
ditarik oleh  anaknya.

Kedua:-suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak  tanduk
isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri
bukan untuk  suami tapi untuk pandangan kaum
lelaki yg bukan mahram..apabila suami mendiam
diri......walaupun dia seorang alim etc solat tidak
tangguh, puasa tidak  tinggal maka dia akan ditarik
oleh isterinya.

Ketiga:-abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,  tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.....jikalau
mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar  melencong dari ajaran ISLAM
....tunggulah tarikan adiknya di  akhirat

Keempat:-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati  seorang ibu
perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu
akan disoal  dan dipertangungjawabkan di akhirat
kelak.......nantikan tarikan  ibunya.

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di  dunia malah di akhirat pun tarikannya
begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan
mereka yang  sebenar -

firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA  AHLIMU
DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH
MANUSIA DAN  BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihkan ayah anda,suami anda ,abang-abang
anda  serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah
mereka dan diri kamu  sendiri......jalankan
perintah ALLAH SWT bersungguh dan dengan  ikhlas..

Akhir kata,marilah kita berdoa agar kita semua
terselamat dari  ditarik dan tertarik....oleh
mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim  adalah sangat berharga. ALLAH
SWT nilaikan seseorang muslim dengan  SYURGA...semua
kaum muslim masuk syurga...janganlah kita
membuang atau tidak  mengendahkan janji ALLAH SWT.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI  SYURGA YANG MEMASUKI NYA TANPA HISAB AMIN...YA  RABBALALAMIN WALLAHUALAM.

'di mana bumi dipijak, disitu ISLAM dijunjung'

copy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan